|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/09/2013
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI OZON ANTARABANGSA TAHUN 2013 OLEH YB. DATUK SERI G. PALANIVEL, MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Ozon Antarabangsa Tahun 2013 yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 30 September 2013
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Everly, Putrajaya
Seminar Pelan Pengurusan Penghapusan Hidrokloroflurokarbon (HPMP) anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan diadakan sempena Sambutan Hari Ozon Antarabangsa Tahun 2013. Berbagai usaha telah dijalankan bagi mematuhi kehendak protokol supaya menghapuskan penggunaan bahan pemusnah ozon (BPO) dan Malaysia telah berjaya menghapuskan Kloroflurokarbon (CFC), CTC dan Halon mulai 1 Januari 2010. Malaysia kini sedang dalam usaha menghapuskan penggunaan ODS yang lain termasuk Hidrokloroflurokarbon (HCFC) menjelang 2030.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER: KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Haizul bin Hod
Tel : 019-3042168
Nama : Puan Norizan bt Karim
Tel : 012-5757761
-BERNAMA |
|
|
|
|
|