|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/09/2013
LIPUTAN MEDIA “PROGRAM TRANSFORMASI BELIA MUSLIM”
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) akan menganjurkan ”Program Transformasi Belia Muslim” pada 1-3 Oktober 2013 di Dewan Besar IKIM.
YABhg Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM akan merasmikan program ini pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 1 Oktober 2013
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Besar IKIM
2, Langgak Tunku Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
Y. Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyampaikan ucapan alu-aluan.
Objektif penganjuran :
(i) Membantu belia memahami dan mengenali diri dalam mengharungi cabaran pada hari ini yang semakin mencabar;
(ii) Membina keyakinan diri pada belia untuk menghadapi apa jua keadaan;
(iii) Menjadikan belia mampu untuk memotivasikan diri mereka sendiri; dan
(iv) Memberikan panduan agama kepada belia bagaimana untuk menjadi manusia yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-3094427
Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
Tel: 03-6204 6326/ 013-2288992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|