Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 30/09/2013

JABATAN ALAM SEKITAR, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR : MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA & MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DUA HALA – SIRI KEDUA

YBhg. Dato’ Halimah Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar akan menyempurnakan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama & Memorandum Persefahaman (MoU) Dua Hala Antara Jabatan Alam Sekitar Dengan Agensi-Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Multi-Nasional (MNC), Syarikat Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) Dalam Penganjuran Program Kesedaran Alam Sekitar dan Keahlian Rakan Sekitar (RAS) – Siri Kedua pada ketetapan seperti berikut:


Hari/Tarikh: Selasa 1 Oktober 2013

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Presint 4, Putrajaya


Sebanyak 23 buah organisasi yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, universiti, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multi-nasional (MNC), syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai majlis menandatangani nota kerjasama dan memorandum persefahaman tersebut.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Haizul bin Hod
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
TEL : 03-8886 1585 (DL)
FAKS : 03-8889 4763
E-MEL : haizul@nre.gov.my



-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.