Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 01/10/2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROMOSI KRAF MALAYSIA DI EAST COST MALL, KUANTAN

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-belah East Coast Mall, Kuantan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 3 Oktober 2013

Masa : 2.30 petang

Tempat : Ground Floor, Concourse Area
East Coast Mall, Kuantan

Bersama : Yang Berhormat Dato’ Mohd Sharkar Bin Shamsuddin
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan & Pelancongan Negeri Pahang


Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-belah East Coast Mall, Kuantan, sedang berlangsung dari 01 hingga 06 Oktober 2013. Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf (50 usahawan kraf dalam pelbagai bidang), Pameran Latihan Jangka Pendek & Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’) dan demonstrasi kraf (mencanting batik, anyaman mengkuang, ukiran kayu& Tenun Pahang DiRaja).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut, serta menghebahkan aktiviti ini kepada orang ramai.


SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533

Kraf tangan Malaysia Pahang
Tel : 09-5384598


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.