Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 02/10/2013

JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH BUKU PNM-RTM 2013

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan Anugerah Buku PNM-RTM 2013 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 3 Oktober 2013

Masa : 8.00 malam - 10.30 malam

Tempat : Auditorium Perdana
Angkasapuri, Kuala Lumpur


Program:

8.15 malam : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 malam : Ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Persembahan Selamat Datang

: Pelaporan oleh Ketua Juri

: Ucapan Alu-Aluan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Penyampaian Anugerah
• Anugerah Terbitan Kategori Kanak-Kanak
• Anugerah Terbitan Kategori Dewasa
• Anugerah Kategori Terbitan Kerajaan
• Pilihan Penonton
• Anugerah Perdana

: Jamuan

10.30 malam : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera untuk hadir dan membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Nama : Cik Norhaizum binti Sahril
Tel : 03-2687 1916/019-722 8006
Emel : norhaizum@pnm.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.