Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 04/10/2013

MAJLIS PENYERAHAN MESIN DIALISIS SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA PUSAT DIALISIS NUR AIN, RAWANG, SELANGOR

Wakaf Selangor Muamalat akan memberi sumbangan 2 buah mesin dialisis ke Pusat Dialisis Nur Ain, Rawang, Selangor. Tuan Haji Jamal bin Nasir, Pengurus Pusat Dialisis Nur Ain akan menerima sumbangan tersebut daripada Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat dan disaksikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Redza Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Wakaf Selangor Muamalat, satu lagi perkhidmatan Bank Muamalat yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam, adalah usahasama yang strategik di antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya yang luas di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf bersama-sama dengan PWS.

Majlis Penyerahan akan diadakan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 7 Oktober 2013

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Pusat Dialisis Nur Ain
No 21 & 22, Jalan R2/2
Integrated Industrial Park
48000 Rawang Selangor

PROGRAM

10.00 pagi : Ketibaan Para Jemputan

10.05 pagi : Ketibaan YBhg Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad

: Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat

10.15 pagi : Bacaan Doa

10.20 pagi : Ucapan oleh Tn Hj Jamal bin Nasir, Pengurus Pusat Dialisis Nur ‘Ain

10.30 pagi : Ucapan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad

10.35 pagi : Penyampaian Sumbangan

10.35 pagi : Melawat Pusat Rawatan dan Pesakit

11.35 pagi : Jamuan Makan
: Sidang Akhbar
: Majlis Bersurai

Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari BMMB, PWS dan Pusat Dialisis Nur Ain, Rawang.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : SAIDATUL LEIZA SULEIMAN
Mobil: 012 – 2002 639
Tel : 03-2059 1201
E-mel: leiza@muamalat.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.