|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/10/2013
JEMPUTAN LIPUTAN CABARAN ‘CRAFT CHEF OF THE DAY’
Kraftangan Malaysia akan mengadakan Cabaran 'Craft Chef of The Day' sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang sedang berlangsung sehingga 6 Oktober 2013. Pertandingan memasak ini merupakan pertandingan di peringkat separa profesional yang akan disertai oleh penuntut Jurusan Seni Kulinari dari Institut Pengajian Tinggi di Malaysia secara berkumpulan dan akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 5 Oktober 2013
Masa : 12.30 Tengah hari
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jln Conlay
Untuk makluman, setiap penyertaan perlu menyediakan hidangan lengkap (Appertizer, Main Course & Dessert) menggunakan bahan masakan yang disediakan oleh pihak penganjur. Format pertandingan akan dinilai berdasarkan hasil masakan (rasa) dan juga kreativiti hiasan meja hidangan (table setting). Hadiah menarik berupa wang tunai lebih dari RM3000.00 berserta plak, hamper tajaan Maggi, Majalah tajaan Kumpulan Karangkraf dan Sijil Penghargaan menanti para pemenang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Cabaran 'Craft Chef of The Day' tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
Bahagian Pasaran dan Promosi
Nama : Cik Nor Farahin Nazmi
Tel : 019 545 6943
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|