|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/10/2013
MESYUARAT MAJLIS SUMBER AIR NEGARA (MSAN) KE – 8
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Ke-8 bertempat di Dewan Persidangan Aras 1, Blok Timur, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, 62250 Putrajaya pada 7 Oktober 2013 (Isnin).
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 7 Oktober 2013
Masa : 1.00 p.m.
Tempat : Dewan Persidangan Aras 1, Blok Timur,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra, 62250 Putrajaya
1.30 tengah hari - Ketibaan Ahli Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara
2.15 petang - Ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri selaku
Pengerusi Majlis Sumber Air Negara
2.30 petang - Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke 8 bermula
Turut hadir ialah YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Bagi tujuan photo opportunity sebelum mesyuarat bermula, sila hadir sebelum jam 2.30 petang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan bengkel ini.
SUMBER: MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
NAMA : Encik Mohd Haizul
Pegawai Perhubungan Awam
MOBILE : 019-3042168
NAMA : Cik Noor Fadilah
MOBILE : 017-2910711
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|