Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 07/10/2013

IKIM: PERSIDANGAN MEJA BULAT - PARADIGMA PEMAKANAN MENURUT SUNAH DAN SAINS

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Paradigma Pemakanan Menurut Sunah dan Sains.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 8 Oktober 2013 / 3 Zulhijjah 1434H

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar IKIM
2, Langgak Tunku Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur

Persidangan ini bertujuan:

- Meninjau “pemakanan sunah” daripada sudut definisi semasa;
- Meninjau peranan “pemakanan sunah” dalam usaha mengurangkan masalah kesihatan; dan
- Meningkatkan usaha pembangunan dan penyelidikan pemakanan sunah berasaskan kajian pembuktian.

Program:
9.00 pagi : Moderator : En. Nor Azaruddin Husni bin Hj. Nuruddin
Felo Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

Pembahas I
Takrifan “Pemakanan Sunah : Antara Persepsi dan Hakikat”
En. Md. Asham bin Ahmad
Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM

9.45 pagi : Pembahas II
Pembuktian Saintifik Terhadap “Pemakanan Sunah”: Memperhalusi
Asas, Andaian dan Kewajarannya
YBhg. Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
Pengarah, Institut Kefahaman Quran dan Sunah,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

10.30 pagi : Pembahas III
Produk Berasaskan “Pemakanan Sunah”: Keberkesanan atau Sekadar
Ikutan?
En. Wan Mohd Nurussabah bin Hj. Abd Karim
Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

11.15 pagi : Pembahas IV
Kewajaran Amalan “Pemakanan Sunah” Dalam Konteks Kesihatan
Semasa
Pn. Norasimah Kassim
Pakar Dietetik, Hospital Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan bengkel ini.


SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi, Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
TEL : 03–6204 6329/ 6331/ 012-309 4427

NAMA : Puan Suzanahwati bt. Sanil, Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
TEL : 03-6204 6326/ 013-2288 992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.