|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 08/10/2013
LIPUTAN PROGRAM PERJUMPAAN PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA USAHAWAN KRAF NEGERI PAHANG
Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan perjumpaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia bersama usahawan-usahawan kraf Negeri Pahang pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 10 Oktober 2013
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Inkubator Kraf Temerloh
Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh, Pahang
Untuk makluman, perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang insentif serta kemudahan yang diberikan kepada usahawan dalam usaha membangun serta menggerakkan industri kraf. Di Negeri Pahang, terdapat seramai 807 usahawan yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia, daripada jumlah tersebut 340 adalah dari bidang kraf tekstil, 298 hasil rimba, 17 hasil tanah, 118 logam dan 34 aneka kraf.
Sekiranya pihak media memerlukan pengangkutan, wakil wartawan dan juru foto boleh menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia pada 10 Oktober 2013 (Khamis), jam 8.00 pagi dan tempat berkumpul adalah di :
Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
Lot 30850 Kampung Pandan II
Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu
26070 Kuantan, Pahang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena Program Perjumpaan Pengerusi Kraftangan Malaysia Bersama Usahawan Kraf tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
Nama : Faizul
HP : 013-969 1675
Pusat Inkubator Kraf Temerloh
Tel : 09-277 1271
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
Portal : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|