Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 08/10/2013

Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia

Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia adalah salah satu acara satelit ‘Global Entrepreneurship Summit 2013’ (GES 2013) anjuran MOF, BizClub Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), MDeC & Brand Geeks Inc. Satu-satunya acara GES berbahasa Melayu yang juga pemangkin jaringan usahawan Nusantara secara berterusan.

Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia bertujuan untuk mengeratkan hubungan komuniti usahawan berbahasa Melayu di rantau Nusantara dan juga sedunia. Juga untuk mendekatkan usahawan Nusantara dengan komuniti usahawan global melalui GES.

Acara ini khusus untuk usahawan Nusantara, khususnya daripada Malaysia, Singapura & Indonesia didalam bidang teknologi, kreatif, usahasama sosial & gaya hidup Nusantara. Juga untuk pelbagai organisasi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.

Butiran acara adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 9 Oktober 2013

Masa : 8.30 pagi

Tempat : De Palma Hotel Ampang, Kuala Lumpur


Program:

Lihat pautan berikut untuk agenda : http://nusahawan.net/agenda/

8:30 pagi : Pendaftaran dan minum pagi

9:30 pagi : Ucapan Alu-aluan

Silmyi M. Sadek – Brand Geeks Inc (Penganjur)

9:35 pagi : “Konsep Waqf Korporat Menjana Keusahawanan Berinovasi”

Tan Sri Ali Hashim – Board of Trustees IQRA Foundation

10:15 pagi : “Sediakah Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Niaga Nusantara Alternatif?”
Sesi Pembukaan di mana Nadge akan membentangkan penemuan beliau tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perdangan dan berpontensi untuk dihidupkan kembali dikalangan usahawan baru Nusantara

Nadge Ariffin
The Nusantaran Academy of Development, Geocultures & Ethnolinguistics –NADGE (MALAYSIA)

10:30 pagi : “Peperangan Bintang – Tradisi bertemu SCI-FI”
Kerjasama unik antara seorang pereka watak dan tok dalang menghasilkan inovasi terbaru dalam seni wayang kulit. Tintoy dan Pak Dain akan berkongsi proses inspirasi dan kolaborasi mereka untuk “Peperangan Bintang”

Chuo Yuan Ping & Muhammad Dain Othman
Action Tintoy Design Laboratory (Malaysia)

10:45 pagi : “Trend Media Sosial Nusantara Pemangkin Keusahawanan
Perkongsian trend terbaru penggunaan social media sebagai pemangkin keusahawanan dikalangan usahawan baru dari perspektif seorang mantan pelabur dan kini usahawan

Ahshida Razali
Heard-Knowe
(Singapura)

11:00 pagi : : “Teknologi ICT untuk Pusat membeli-belah – Mengorak langkah ke China
Resipi untuk melebarkan peluang usahasama dengan syarikat luar Negara

Nik Hanif Tan Sri Abdul Ghani
Innergia Group International (MALAYSIA)

11:15 pagi : “Bakat Kreatif Malaysia di Hollywood”
Kejayaan filem “Life of Pi” (Pemenang Oscar efek khas) dan “Snow White and the Hunstsman” didalam efek khas (“special effects”) disandarkan oleh bakat-bakat kreatif dari Malaysia. Hasnul akan berkongsi rahsia kejayaan pasukannya.

Hasnul Samsudin
Rythum & Hues Malaysia (Malaysia)

11:30 pagi : Perbincangan 1 “Resipi kejayaan Usaha Kreatif & Teknologi Satu Nusantara”
Resipi atau tips kejayaan bagi mengetengahkan dan mempermatabatkan bakat serta usaha kreatif dan teknologi tempatan (nusantara) ke peringkat yang lebih tinggi

Nadge Ariffin, Chuo Yuan Ping, Muhammad Dain Othman, Ahshida Razali, Nik Hanif Tan Sri Abdul Ghani & Silmyi M.Sadek (Moderator)

12:15 tenghari : Makan Tengahari
Pertunjukan Fesyen Nusantara
Sesi Sembang Niaga Singapura & Indonesia
Sesi bersama ahli panel jemputan untuk berkongsi tentang potensi dan tips kepada mereka yang ingin meluaskan perniagaan ke Singapura dan Indonesia

Ahshida Razali, Imran Ali, Ir Aziz Ismail, Ellynita Lamin & Nadge Ariffin

2:00 petang : “Usahasama Sosial melalui Teknologi dalam bidang Pengangkutan”
Kejayaan MyTeksi dan juga aplikasi yang sepertinya menggunakan teknologi untuk membina usahasama dengan syarikat perkhidmatan dan membina bisnes model yang baru dan lebih efisien.

Aaron Gill (Myteksi) & Jaguh MyTeksi (Malaysia)

2:15 petang : Usahasama Sosial Kreatif gabungan Malaysia & Acheh”
Bagaimana menggunakan model keusahawanan social dengan lebih kreatif untuk membina jaringan usahasama yang lebih efisien dan produktif di antara organisasi sosial/korporat dari Acheh dan Malaysia.

Ellynita Lamin
Social Enterprise Alliance (Malaysia)

2:30 Petang : “Pemangkin Inovasi oleh Pengusaha Kecil – Pengalaman di Singapura”
Pengalaman membina beberapa syarikat di Singapura yang menggabungkan elemen yang berlainan seperti kreatifm seni dan teknologi dan mencipta peluang berinovasi

Imran Ali
Education Profit System (Singapura)

2:45 petang : “Perjodohan Korporat – Technopreneur Dengan Program BDA”

Ritakamal Sadiman
MyNEF (Malaysia)

3:00 petang : “Memperkasakan Keusahawanan dengan PKNS BizClub”
Pencapaian PKNS dalam membantu usahawan kecil serta perubahan model dari CSR ke Keusahawanan Sosial untuk memperkasakan usahawan untuk lebih mampan dan berdaya-saing

Othman Omar – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Malaysia)

3:15 petang : Perbincangan 2 “ Kolaborasi Usahawan dan Korporat – Jurang dan Penyelesaian”
Bagaimana pihak korporat serta agensi-agensi pembiayaan (venture capital) dapat bekerjasama dengan usahawan di mana skop perniagaan dan trend sentiasa berubah menjurus kepada bidang kreatif dan berasakan aplikasi.

Aaron Gill, Ellynita Lamin, Imran Ali, Othman Omar & Manisah Sarujee (Moderator)

4:00 petang : Minum Petang

4:30 petang : Persembahan Wayang Kulit Tradisi dan previu “Peperangan Bintang”
Wayang kulit kontemporari yang menggabungkan seni tradisional dan adaptasi penceritaan dari filem moden

Action Tintoy Design Laboratory & Pak Dain (Malaysia)

5:00 petang : Ucapan Penutup

5:15 petang : Jamuan Ringan dan Sesi Jaringan


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Brand Geeks Incorporated/4th GES 2013 Media Secretariat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Eliza Rahman
Tel : 016-613 7110
Emel : eliza@brandgeeksinc.com

Nama : En Silmyi M Sadek
Tel : 019-277 0919
Emel : silmyi@brandgeeksinc.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.