|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 09/10/2013
LIPUTAN MEDIA MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERAGAAN BUSANA MUSLIMAH SI MANIS 17
Kraftangan Malaysia menjemput rakan-rakan media ke Majlis Makan Malam dan Peragaan Busana Muslimah Si Manis 17 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 10 Oktober 2013
Masa : 8.30 malam
Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor & Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia.
Majlis peragaan menampilkan lebih 30 pasang pakaian muslimah wanita dengan menggunakan kraf tekstil tempatan seperti batik, Tenun Pahang Diraja dan songket.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|