Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 14/10/2013

JEMPUTAN MEDIA : INDAH WATER BERSAMA MEDIA (PULAU PINANG)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (“IWK”), syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan moden dan efisien untuk rakyat Malaysia yang juga berperanan besar terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kami berbangga IWK akan menyambut ulangtahun ke-20 penubuhannya pada tahun 2014.

Sempena sambutan ulangtahun ini, kami dengan hormatnya ingin menjemput semua pengarang dan wartawan dari kumpulan media tuan/puan untuk menghadiri sesi lawatan dan penerangan tugas-tugas serta perkhidmatan IWK yang ditawarkan kepada orang ramai, pada:

Hari/Tarikh : Khamis 24 Oktober 2013

Masa : dari 9.30 pagi

Tempat : Loji Olahan Kumbahan Jelutong, Pulau Pinang
(peta ke lokasi ada di lampiran)


Atur Cara:
9.45 pagi - Ketibaan para media

10.00 pagi - Taklimat kepada media

10.45 pagi - Lawatan ke loji olahan kumbahan

11.30 pagi - Makan tengahari

Pada sesi ini nanti, tuan/puan akan diberi peluang melihat operasi loji olahan kumbahan dan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai IWK bersama kami.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan ke lawatan ini.

SUMBER: Indah Water Konsortium Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Ahmad Budaya bin Ismail
MOBILE : 019-229 0867


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.