Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 14/10/2013

JEMPUTAN MEDIA: INDAH WATER BERSAMA MEDIA (Johor)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (“IWK”), syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan moden dan efisien untuk rakyat Malaysia yang juga berperanan besar terhadap pemuliharaan alam sekitar.

IWK akan menyambut ulangtahun ke-20 penubuhannya pada tahun 2014.

Sempena sambutan ulangtahun ini, IWK dengan hormatnya ingin menjemput semua pengarang dan wartawan dari kumpulan media untuk menghadiri sesi lawatan dan penerangan tugas-tugas serta perkhidmatan IWK yang ditawarkan kepada orang ramai, pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 22 Oktober 2013

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Unit Operasi Skudai
No. 24, Jalan Titiwangsa 3/1,
Taman Tampoi Indah
81200 Johor Bahru

PROGRAM:

9.45 pagi : Ketibaan para media
10.00 pagi : Taklimat kepada media
10.45 pagi : Lawatan ke loji olahan kumbahan
11.30 pagi : Makan tengahari

Pada sesi ini nanti, pihak media akan diberi peluang melihat operasi loji olahan kumbahan dan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai IWK.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan “Indah Water Bersama Media”.

SUMBER: Indah Water Konsortium Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Ahmad Budaya bin Ismail
Mobil: 019-2290867

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.