|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 17/10/2013
LIPUTAN PELANCARAN PROGRAM BULAN EJEN KUTIPAN ZAKAT & MAJLIS PELANCARAN MYEG SEBAGAI EJEN KUTIPAN ZAKAT
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP) akan melancarkan Program Bulan Ejen Kutipan Zakat dan Pelancaran MYEG sebagai ejen kutipan zakat pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 21 Oktober 2013 / 16 Zulhijjah 1434H
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL)( bersebelahan MAYBANK)
Objektif pelancaran ini diadakan adalah bagi memperkenal dan mempromosikan kepada umum kaedah bayaran baru zakat melalui MYEG dan kemudahan bayaran zakat menerusi ejen kutipan yang dilantik. Turut diadakan forum santai bersama selebriti pilihan bagi memeriahkan lagi suasana di KL Sentral. Hadir bagi perasmian tersebut adalah Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali sambil dihiburkan dengan jenaka Man Raja Lawak.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan program ini.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Cik Nur Haliza Abd Rahman
TEL : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|