Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 17/10/2013

LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 20 Oktober 2013

Masa : 3.30 petang

Tempat : Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja
Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi
Pekan, Pahang

Pakaian : Tenun/ Batik Malaysia

Majlis ini akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah Ibni Al-marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-mu’adzam Shah.


Program:

3.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Dif-dif Kehormat

3.45 petang : Ketibaan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Isteri

: Ketibaan Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang

: Ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Isteri

3.55 petang : Keberangkatan Tiba Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang

: Keberangkatan Tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang

: Persembahan Ucapan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

: Titah Diraja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang

: Titah Perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

: Majlis Santapan

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berangkat meninggalkan majlis diiringi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang

: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Isteri meninggalkan majlis diiringi Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Isteri

: Majlis Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan Majlis Perasmian Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja ini.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Nama : Fazlin
Tel : 012-664 1734

Nama : Norehan
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.