Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 18/10/2013

MAJLIS PERASMIAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM) 2013

YB Datuk Seri G. Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyempurnakan Majlis Perasmian Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2013 dengan tema Perkongsian Pintar ke Arah Kelestarian Alam Sekitar pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 20 Oktober 2013

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Tapak Letak Kereta Majlis Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

Turut hadir ialah YB Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan YBhg. Dato’ Halimah Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS).

Antara acara yang akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Peringkat Kebangsaan dan Pelepasan 24 Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) 1Malaysia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan ke acara ini.

SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Haizul bin Hod
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
TEL : 03-8886 1585 (DL)
FAKS : 03-8889 4763
E-MEL : haizul@nre.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.