Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Sabtu 19/10/2013

PROGRAM NUR KASIH SELEBRITI BERSAMA WARGA TUA RUMAH SERI KENANGAN CHERAS BERSAMA PPZ-MAIWP & KFH

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP) dengan kerjasama Kuwait Finance House akan mengadakan Program Nur Kasih selebriti bersama warga tua Rumah Seri Kenangan Cheras pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 27 Oktober 2013 / 22 Zulhijjah 1434H

Masa : 8.30 Pagi - 12.30 tgh

Tempat : Rumah Seri Kenangan, Cheras, Kuala Lumpur

Program setengah hari bersama warga tua Rumah Seri Kenangan ini memberi peluang kepada warga PPZ-MAIWP, KFH dan selebriti jemputan bagi beramah mesra bersama warga tua dalam pelbagai aktiviti termasuklah bergotong-royong memasak secara besar-besaran sambil mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Turut hadir bagi perasmian tersebut adalah Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan juga wakil dari KFH dan diserikan oleh para selebriti jemputan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.

Bagi penerbit rancangan secara langsung, krew anda dialu-alukan untuk bersama-sama di lokasi program untuk bersiaran langsung bersama kami.

SUMBER: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Cik Nur Haliza Abd Rahman
MOBILE: 012-500 3547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.