|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 25/10/2013
MAJLIS SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM) 2013 PERINGKAT KEBANGSAAN
YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyempurnakan Majlis Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 bertempat di Tapak Parkir Awam, (bersebelahan Wisma Sumber Asli), Presint 4, Putrajaya pada hari Ahad bersamaan 27 Oktober 2013.
Hari/Tarikh : Ahad 27 Oktober 2013
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Tapak Parkir Awam, (bersebelahan Wisma Sumber Asli), Presint 4, Putrajaya
PROGRAM
7.00 am : YB Dato’ Seri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melepaskan para peserta Malakoff Powerman Asian Dualthon Championship, berhadapan dengan Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
8.00 am : YB Dato’ Seri Dr. James Dawos Mamit melepaskan para peserta Enviro – Hunt MASM 2013.
9.10 am : Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT Ke 23 Peringkat Akhir.
10.00 am : YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melancarkan Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013 dan Kick Off Program Rakan Alam Sekitar (RAS).
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan YBhg. Dato’ Halimah Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan ke majlis ini.
SUMBER : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En Mohd Haizul
Tel : 019 304 2186
Nama : Puan Norizan Karim
Tel : 012 575 7761
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|