Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 28/10/2013

JEMPUTAN MEDIA : INDAH WATER BERSAMA MEDIA (MELAKA)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (“IWK”), syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan moden dan efisien untuk rakyat Malaysia yang juga berperanan besar terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kami berbangga IWK akan menyambut ulangtahun ke-20 penubuhannya pada tahun 2014.

Sempena sambutan ulangtahun ini, IWK dengan hormatnya ingin menjemput semua pengarang dan wartawan dari kumpulan media untuk menghadiri sesi lawatan dan penerangan tugas-tugas serta perkhidmatan IWK yang ditawarkan kepada orang ramai pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 7 November 2013

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Loji Olahan Kumbahan Sg. Udang, Melaka


Program lawatan:

9.45 pagi : Ketibaan para media
10.00 pagi : Taklimat kepada media
10.45 pagi : Lawatan ke loji olahan kumbahan
11.30 pagi : Makan tengahari


Pada sesi ini nanti, pihak media akan diberi peluang melihat operasi loji olahan kumbahan dan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai IWK bersama kami.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan ke lawatan ini.

SUMBER: Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Encik Ahmad Budaya bin Ismail
MOBIL : 019-229 0867

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.