Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 28/10/2013

INDAH WATER BERSAMA MEDIA (LABUAN)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (“IWK”), syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan moden dan efisien untuk rakyat Malaysia yang juga berperanan besar terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kami berbangga IWK akan menyambut ulangtahun ke-20 penubuhannya pada tahun 2014.

Sempena sambutan ulangtahun ini, kami dengan hormatnya ingin menjemput semua pengarang dan wartawan dari kumpulan media tuan/puan untuk menghadiri sesi lawatan dan penerangan tugas-tugas serta perkhidmatan IWK yang ditawarkan kepada orang ramai, pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 31 Oktober 2013

Masa : 9.30 pagi


Tempat : Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Unit Operasi Labuan
Mezzanine Floor, Bangunan Tabung Haji
Jalan Bunga Kesuma, WP Labuan
Tel : 087-414 828

Atur cara:

9.45 pagi : Ketibaan para media
10.00 pagi : Taklimat kepada media
10.45 pagi : Lawatan ke loji olahan kumbahan
11.30 pagi : Makan tengahari

Pada sesi ini nanti, tuan/puan akan diberi peluang melihat operasi loji olahan kumbahan dan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai IWK bersama kami.

SUMBER: INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI MEDIA:
NAMA : Encik Ahmad Budaya bin Ismail
MOBILE : 019-229 0867

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.