Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 30/10/2013

SEMINAR PROGRAM MELAHIRKAN USAHAWAN DALAM BIDANG PERUNCITAN (RETAIL 200)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan akan menganjurkan Seminar Program Melahirkan Usahawan Dalam Bidang Peruncitan (Retail 200) bagi membincangkan usaha pembangunan usahawan peruncitan dengan menjemput tokoh usahawan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Brand Expert bagi Maybelline, Loreal dan SimplySiti, Pengurus Pembangunan Francais Daily Fresh Foods Sdn Bhd dan Ketua Pengarah Eksekutif Burger King Malaysia.

Seminar ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 31 Oktober 2013

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Hotel De Palma Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam.


Program:

8.00 pagi – 9.00 pagi : Kedatangan Peserta

: Pendaftaran / Jaringan Usahawan

9.00 pagi – 9.15 pagi : Bacaan Doa

: Ucapan Encik Othman Bin Haji Omar
Pengurus Besar PKNS

9.15 pagi – 9.30 pagi : Ucapan perasmian oleh Y.B Puan Dr.Daroyah Binti Alwi
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan,
Sains, Teknologi Dan Inovasi

9.30 pagi – 10.30 pagi : Taklimat oleh Ulin Life Sdn Bhd.

: Ujian Kompetensi Usahawan

: Minum Pagi

10.30 pagi – 11.15 pagi : SESI 1 – Perkongsian Pengalaman
Oleh Tuan Haji Mohd Shane
Ketua Pegawai Eksekutif
Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.

11.15 pagi – 12.00 tengah hari : SESI 2 – Perkongsian Pengalaman
Oleh Encik Muhammad Zain Bin Ibrahim
Brand Expert bagi Maybelline, Loreal dan SimplySiti

12.00 tengah hari – 12.45 tengah hari : SESI 3 – Perkongsian Pengalaman
Oleh Puan Suria Binti Mansol
Pengurus Pembangunan Francais
Daily Fresh Foods Sdn.Bhd.

1.00 petang – 2.00 petang : Rehat / Solat / Jaringan Usahawan

2.00 petang – 2.45 petang : SESI 4 – Perkongsian Pengalaman
Oleh Encik Fariz Bin Hassan
Ketua Pengarah Eksekutif
Burger King Malaysia

2.45 petang – 3.00 petang : SESI 5 – Q&A dan Cabutan Bertuah

: Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan seminar ini.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Noor Allia Kassim
Bahagian Perhubungan Awam
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Tel: 03-5520 1324
Mobil : 013-603 6626

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.