|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 31/10/2013
LIPUTAN MEDIA "3RD ASIAN ROUNDTABLE OF PRESIDENTS OF UNIVERSITIES OF EDUCATION”
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan 3rd Asian Roundtable Of Presidents Of Universities Of Education yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 7 November 2013
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Dewan Konvensyen E-Learning, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim, Perak.
Program :
08:45 pagi : Ketibaan di Dewan Konvensyen , Bangunan E-Learning
8:45 pagi - 9:15 pagi : Majlis Jamuan Teh dan Foto Kumpulan
9.15 pagi – 9.30 pagi : Sesi Pembukaan
Ucapan oleh Profesor Dato 'Dr Zakaria Kasa
Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris
9:30 pagi -11:00 pagi : Sesi 1 : Memperkasa Perubahan dalam Pendidikan ( Perspektif Malaysia)
Penceramah Jemputan : Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Timbalan Pengerusi , Majlis Profesor Negara Malaysia
Perbincangan Terbuka
11:00 pagi -11:15 pagi : Penyampaian Hadiah
11:15 pagi -12:45 tengah hari : Sesi 2: Memperkasa Perubahan dalam Pendidikan ( Perspektif Singapura)
Penceramah Jemputan : Profesor Dr Lee Sing Kong , Pengarah, NIE Singapore
Perbincangan Terbuka
12:45 tengah hari-14:30 petang : Makan Tengahari & Campus Tour
14:30 petang -15:00 petang : Pembentangan Resolusi Meja Bulat
Perbincangan
15:00 petang -15:15 petang : Penyampaian Hadiah
15:15 petang -16:00 petang : Sesi Penutup
Ucapan Penutup oleh Profesor Dato 'Dr Zakaria Kasa
Majlis Penyerahan Bendera kepada Tuan Rumah seterusnya.
16:00 petang -18:00 petang : Bergerak ke Hotel Istana, Kuala Lumpur
20:00 malam - 22:00 malam : Majlis Makan Malam di Dewan Banquet, Hotel Istana, Kuala Lumpur
Majlis Penutup oleh YAB . Menteri Pengajian Tinggi
Seramai 36 delegasi dari 14 buah Universiti dari luar negara iaitu China, Filipina, Korea, Indonesia, Taiwan dan Hongkong akan menyertai persidangan pada kali ini. Manakala kehadiran dari institusi dalam negara pula adalah terdiri daripada Majlis Dekan Fakulti Pendidikan IPTA dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Penyampai ucaptama dalam persidangan kali ini ialah Profesor Dr. Lee Sing Kong (National Institute of Education, Singapura) dan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin (Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Malaysia) yang akan memfokuskan tentang aspek-aspek perubahan dalam pendidikan yang meliputi penambahbaikan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, perancangan tenaga kerja untuk menangani isu-isu pendidikan yang berterusan, pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan-pendekatan baru dalam mengharungi cabaran dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan tersebut.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Tarmizi Abdul Rahman
Tel : 05-4506869
Emel : tirzman@upsi.edu.my
Nama : Pn. Mahanum Muhammad
Tel : 05-4506380
Emel : mahanum@upsi.edu.my
Web : http://arpue2013.upsi.edu.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|