Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 01/11/2013

KRAFTANGAN MALAYSIA : MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN ADIGURU KRAF 2013

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2013 pada ketetapan seperti berikut.

Hari/Tarikh : Isnin 4 November 2013

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, KM40, Jalan Ipoh, 33600 Enggor, Perak

Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Skim Adiguru Kraf telah dilaksanakan sejak tahun 1987 bertujuan untuk memulih dan memelihara seni kemahiran tradisi supaya ianya berkekalan sebagai warisan yang menjadi lambang budaya dan jati diri rakyat Malaysia. Di bawah Skim ini, tokoh-tokoh atau pengamal seni kraf yang berkemahiran tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara akan diberi pengiktirafan.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793

Kraftangan Malaysia Cawangan Perak
Tel : 05-757 6200


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.