|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 01/11/2013
SYARAHAN PERDANA BUDAYA 2013 - POLEMIK POLITIK : ANCAMAN KEPADA PENYATUAN BANGSA
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengumumkan bahawa YBhg Tan Sri Razali Ismail akan memberikan syarahan berjudul ‘Polemik Politik : Ancaman Kepada Penyatuan Bangsa’ dalam program Syarahan Perdana Budaya 2013 pada ketetapan seperti yang berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 7 November 2013
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : The Royale Bintang Damansara
2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Kod Pakaian : Lounge Sut (Lelaki) dan Pakaian Kebangsaan / Sopan (Perempuan)
PROGRAM
2.00 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
2.20 petang : Ketibaan YB Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
2.30 petang : Ketibaan YBhg Tan Sri Razali Ismail
Tokoh Syarahan Perdana Budaya 2013
2.40 petang : Negaraku
2.45 petang : Ucapan Aluan oleh
YB Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
2.55 petang : Syarahan Perdana Budaya 2013
3.55 petang : Sesi Soal Jawab (Q & A session) bersama Moderator
4.25 petang : Penyampaian Cenderamata
4.30 petang : Jamuan Minum Petang
: Persembahan Muzik Dan Nyanyian
5.00 petang : Majlis Selesai
Objektif program perdana ini ialah untuk membincangkan tentang rakusnya polemik politik semasa yang boleh mencetuskan kepada perpecahan kaum yang telah terbina lama. Pertikaian yang berlarutan akibat ketaksuban kuasa dan dominasi kuasa politik yang membimbangkan dimana boleh menjurus kepada gelombang permusuhan. Apa yang lebih menyedihkan apabila ada segelintir manusia alpa yang sudah berani mempamerkan sikap anti-negara. Apakah jalan penyelesaian kepada permasalahan kritikal ini agar semua rakyat Malaysia hidup bersatu demi kemajuan agama bangsa dan Negara?
Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan syarahan tersebut.
SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Cawangan Komunikasi Korporat JKKN
Nama : Noorariza / Khairul Anuar / Nurazlin
Tel : 03-2614 8200
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|