|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 04/11/2013
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE BENGKEL 'PESONA GRADUAN' UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
Bengkel 'Pesona Graduan' Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan diadakan oleh PPZ-MAIWP dengan kerjasama UPNM pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 9 November 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Bestari, UPNM, Kem Sungai Besi
Peserta : 200 pelajar tahun akhir UPNM
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada bakal graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengenai etiket sosial dan penampilan diri sebagai persediaan menghadapi dunia korporat dan kerjaya serta tanggungjawab berzakat. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Datuk Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP dan diserikan oleh selebriti Diana Amir dan Puan Muna Izzah Fadzil, konsultan Seanggun Bidadari.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan bengkel ini.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Cik Nur Haliza Abd Rahman
TEL : 03- 9289 5757
MOBIL : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|