|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 07/11/2013
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN 12 KOPERASI 2013 OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI MAIWP DAN DISAKSIKAN PENGERUSI BARU PPZ-MAIWP
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi 2013 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 13 November 2013 / 9 Muharram 1435H
Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar Tun Rahah,Ting 1, Menara Yayasan Tun Razak
(bersebelahan Pricecourt hospital)
Majlis penyerahan ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B).
Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan wakil-wakil korporat bagi koperasi yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA: Cik Nur Haliza Abd Rahman
EMEL : 012-500 3547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|