|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 08/11/2013
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF (BINA WAQF) DIANTARA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD DAN UDA HOLDINGS BERHAD
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) akan mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pembangunan Hartanah Wakaf (Bina Waqf) Diantara Bank Muamalat Malaysia Berhad Dan Uda Holdings Berhad di Hotel Hilton PJ.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pembangunan Hartanah Wakaf (Bina Waqf) akan ditandatangani oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB dan Tuan Haji Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad dan akan disaksikan oleh Y.B. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 12 November 2013
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Kristal Ballroom 1, Tingkat 1
Hotel Hilton Petaling Jaya
2, Jalan Barat, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Atur Cara:
8.45 pagi : Ketibaan Para Tetamu dan Media
9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
9.05 pagi : Doa and Bacaan Al-Quran
9.15 pagi : Ucapan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah
Abdul Wahid, Ketua Pengarah Eksekutif,Bank Muamalat Malaysia Berhad
9.20 pagi : Ucapan oleh Y.Bhg Encik Ahmad Abu Bakar,
Pengarah Urusan Kumpulan, UDA Holdings Berhad
9.25 pagi : Ucapan oleh Y.B Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan,
Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia
9.30 pagi : Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Pembangunan Hartanah Wakaf
9.40 pagi : Sesi Bergambar
9.45 pagi : Sesi Sidang Media
10.00 pagi : Jamuan
Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari BMMB, Uda Holdings Berhad, Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji (JAWHAR), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : PUAN LEIZA
TEL : 03-2059 1201
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|