Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 11/11/2013

PERSIDANGAN MEJA BULAT “PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR: PENELITIAN DAN PEMANTAPAN MODUL DAN KURIKULUM MENERUSI PENDEKATAN AGAMA”

Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar: Penelitian dan Pemantapan Modul dan Kurikulum Menerusi Pendekatan Agama” pada ketetapan seperti berikut.

Hari/Tarikh : Selasa 12 November 2013

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar IKIM


PROGRAM

9.00 pagi : Kertas 1
Persidangan Meja Bulat ”Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar: Penelitian dan Pemantapan Modul dan Kurikulum Menerusi Pendekatan Agama”

Moderator : YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad
Pengerusi, WWF-Malaysia

”Kewajaran Mewujudkan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar Secara Berasingan Dalam Kurikulum Pembelajaran”

Pembentang : YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin
Timbalan Ketua Pengarah,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


9.45 pagi : Kertas 2
”Pemantapan Modul dan Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar : Penerapan Elemen-elemen Asas Biodiversiti”

Pembentang : Cik Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


10.30 pagi : Kertas 3
”Pemantapan Modul dan Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar : Pendedahan Secara Praktikal”

Pembentang : Cik Noorsiha binti Ayop
Pegawai Penyelidik Kanan, Program FRIM-WHS-UNESCO,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)


11.15 pagi : Kertas 4
”Pemantapan Modul dan Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar : Pendekatan Agama”

Pembentang : Encik Abu Bakar bin Yang
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Wakaf Selangor

12.00 tengah hari : Sesi Soal Jawab


Objektif program ini adalah untuk:

- Mengukuhkan kerjasama antara agensi atau organisasi yang telah/ akan menyediakan modul alam sekitar;

- Membincangkan keperluan-keperluan lain yang harus dimasukkan ke dalam modul/ kurikulum pendidikan alam sekitar bagi memantapkan lagi modul dan kurikulum sedia ada;

- Meneliti dan membahaskan keperluan menerapkan mata pelajaran pendidikan alam sekitar secara berasingan dari mata pelajaran lain dalam kurikulum pembelajaran di sekolah;

- Mengetengahkan pendekatan Islam dalam memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada masyarakat; dan

- Mengenalpasti saranan-saranan yang sesuai untuk memantapkan lagi mutu pendidikan alam sekitar agar tahap kesedaran dalam kelangan masyarakat dapat dipertingkatkan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis persidangan tersebut.



SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-309 4427

Nama : Puan Suzanahwati bt Sanil
Tel : 013 2288992



-BERNAMA










 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.