|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 11/11/2013
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM "ENTREPRENEUR DEVELOPMENT" ANJURAN BERSAMA MIM DAN PERNAMA
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan Malaysian Institute of Management (MIM) akan memperkenalkan modul-modul "Entrepreneur Development Program" kepada bakal-bakal usahawan, khususnya pesara tentera, usahawan muda dan individu yang berminat mencuba perniagaan baru. PERNAMA, melalui Impian Helang (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang aktif dalam bidang latihan peningkatan kemahiran pengurusan “Train the Trainer” yang diiktiraf oleh MIM, telah diberi peluang untuk menyediakan modul-modul tersebut.
Mr John Madson, Pengerusi Program akan melancarkan program tersebut, pada ketetapan seperti berikut :
Hari/Tarikh : Rabu 13 November 2013
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Akademi PERNAMA
Perwira Niaga Malaysia
6, Solok Waja 1, Kawasan Perindustrian Bukit Raja
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan
Atur Cara:
13 November 2013 (Rabu)
09.30 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi.
10.00 pagi : Ucapan selamat datang dan penerangan ke atas program.
10.05 pagi : Pelancaran "Entrepreneur Development Program" oleh
Pengerusi Program, Mr John Madson.
10.30 pagi -11.30 pagi : SESI 1
Modul 1 : Menulis Prosedur Operasi Standard Perniagaan anda.
Modul 2 : Pemilihan pembekal yang berwibawa.
Modul 3 : Mendapatkan maklumat yang tepat daripada Kementerian-kementerian berkaitan.
11.30 pagi - 12.30 pagi : SESI 2
Modul 4 : Menyediakan kertas kerja bagi kelayakan yang berkesan.
Modul 5 : Mendapatkan terma kredit yang baik untuk pengurusan aliran
tunai.
Modul 6 : Terma pembayaran untuk kutipan bayaran tertunggak.
1.00 tengahari : Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg : SESI 3
Modul 7 : Mengawal perbelanjaan dan pergerakan stok.
Modul 8 : Mengurus penghutang untuk mengelak situasi lebih
membebankan.
Modul 9 : Memahami keperluan untuk mengawal penghutang dengan
berkesan.
3.00 ptg - 4.00 ptg : SESI 4
Modul 10 : Mengekalkan pelanggan baik yang membuat pembayaran
segera.
Modul 11 : Mengingati kepentingan wang tunai, bukanya kredit.
Modul 12 : Perbandingan pelbagai geran dan subsidi untuk perniagaan
anda.
Objektif Program:
· Memberi kefahaman tentang modul-modul latihan kepada 'audience'.
· Mendapatkan maklumbalas ‘audience’ untuk penambahbaikan modul-modul sedia ada.
Sehubungan dengan itu, tuan dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis pelancaran program ini.
Nota Tambahan :
Malaysian Institute of Management (MIM) adalah institut yang dianggotai oleh golongan eksekutif dan ke atas atau profesional yang terlibat dalam bidang pengurusan. Aktiviti dan matlamat institut ini adalah memberi latihan kepada anggotanya untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pengurusan menerusi seminar, bengkel dan latihan.
Melalui Impian Helang (M) Sdn Bhd, syarikat yang aktif dalam bidang latihan peningkatan kemahiran dan 'Train the Trainer', MIM telah memberi peluang kepada PERNAMA untuk menyediakan 12 modul-modul di atas. PERNAMA merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan perniagaan peruncitan selama 30 tahun. Adalah menjadi hasrat PERNAMA untuk membantu, membimbing dan melahirkan usahawan di dalam perniagaan sama ada perniagaan ‘trading’ dan juga peruncitan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan acara ini.
SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Mashitah Haji Husain
Tel : 03 3341 0572
Mobile : 019 322 1351
Email : mashitah@pernama.com
Website: www.pernama.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|