Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 13/11/2013

LIPUTAN MEDIA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 12 INSTITUT KRAF NEGARA

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-12 Institut Kraf Negara (IKN) yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Khamis 14 November 2013

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Institut Kraf Negara
No. 1, KM 20 Jalan Ipoh – Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang

Untuk makluman, seramai 157 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka pada Jun 2013 akan dianugerahkan Diploma dan Sijil Senikraf. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan Pesta Konvokesyen Ke-12 IKN melalui aktiviti pameran hasil pelajar, demonstrasi pembuatan kraf, interaktif, pendidikan kraf, jualan produk kraf dan persembahan kebudayaan.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Konvokesyen ke-12 Institut Kraf Negara tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793

Nama : Cik Fazlin Mohamad Zaki
Mobil : 012-664 1734

Nama : Cik Norehan Ab. Ghani
Mobil : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.