|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 13/11/2013
Seminar Integriti Nasional 2013
Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Seminar Integriti Nasional dengan tema “Pelan Integriti Nasional : Sedekad Bersama Rakyat” yang akan berlangsung seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 14 November 2013
Masa : 9.00 pagi (Perasmian)
9.45 pagi (Sidang Akhbar)
Tempat : Aras 2, Auditorium Integriti
Institut Integriti Malaysia
Menara Integriti
Persiaran Duta off Jalan Duta, Kuala Lumpur
Program (Klik Di Sini)
Seminar Integriti Nasional dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia sempena sambutan Hari Integriti Nasional yang disambut di seluruh negara pada 5 November setiap tahun. Objektif seminar ini adalah untuk mengumpul input dan idea dalam menentukan Hala Tuju Fasa III Pelan Integriti Nasional (2014-2018).
Ucapan perasmian akan disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kwan. Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh juga akan menghadiri seminar ini sekaligus membentangkan cadangan Hala Tuju Fasa III Pelan Integriti Nasional.
Selain itu, Forum Integriti bertemakan Pelan Integriti Nasional : Sedekad Bersama Rakyat” dibarisi oleh panel yang berpengalaman besar dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional iaitu Felo Utama, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong; Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr Sulaiman bin Mahbob; Perunding Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyakat India, YBhg. Dato’ Siva Subramaniam dan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, YBhg. Datuk A. Kadir Jasin.
Acara kemuncak pada sebelah petang iaitu Bengkel Hala Tuju Fasa II Pelan Integriti Nasional (2014-2018) dilaksanakan secara serentak mengikut Tekad Integriti iaitu Tekad 1: Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan; Tekad 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi; Tekad 3: Meningkatkan tadbir urus korporat, etika peniagaan dan tanggungjawab sosial korporat; Tekad 4: Memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta Tekad 5: Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Idea dan cadangan yang dikumpul daripada bengkel tersebut akan digunapakai dalam menentukan resolusi kepada Hala Tuju Fasa III Pelan Integriti Nasional (2014-2018) yang akan dibentangkan pada tahun hadapan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan ke majlis ini.
SUMBER: Institut Integriti Malaysia (IIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rajesh Krishnan
Ketua Penolong Pengarah, Unit Korporat & Penyelarasan
Telefon: 03-6209 2015 / 019-3830061
Emel: rajesh@iim.org.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|