Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 14/11/2013

LIPUTAN MEDIA KE BENGKEL 'PESONA GRADUAN' UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Adalah dimaklumkan bahawa program Bengkel 'Pesona Graduan' Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan diadakan oleh PPZ-MAIWP dengan kerjasama UPNM pada ketetapan seperti berikut:


Hari/Tarikh : Sabtu 23 November 2013

Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Tempat : Dewan Bestari, UPNM, Kem Sungai Besi

Peserta : 200 pelajar tahun akhir UPNM


Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada bakal graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengenai etiket sosial dan penampilan diri sebagai persediaan menghadapi dunia korporat dan kerjaya serta tanggungjawab berzakat. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Datuk Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP dan diserikan oleh selebriti Diana Amir dan Puan Muna Izzah Fadzil, konsultan Seanggun Bidadari.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 03- 9289 5757 / 012-500 3547


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.