Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 15/11/2013

KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (My3L) PERINGKAT NASIONAL 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Karnival My3L untuk mempromosikan dan menyebarluaskan maklumat program PSH yang disertai oleh semua kementerian/jabatan/agensi. Karnival ini akan di adakan pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 16 November 2013
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam

Hari/Tarikh : Ahad 17 November 2013
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Shah Alam Convention Centre,
Shah Alam, Selangor


Aktiviti Yang Akan Diadakan Di Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L) :

1) Majlis Perasmian My3L Peringkat Nasional 2013 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin
Hari/Tarikh : Sabtu 16 November 2013
Masa : 10.30 pagi – 1.00 petang


2) Gala Night – Road To Milan 2013
dihadiri oleh YANG AMAT MULIA TENGKU MUDA PAHANG dan YANG AMAT BERBAHAGIA CIK PUAN MUDA PAHANG

Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah dan Cik Puan Nur Bahiyah Akip

Hari/Tarikh : Sabtu 16 November 2013
Masa : 8.00 malam - Ketibaan Jemputan
8.30 malam - Ketibaan Tetamu Kehormat
- Tayangan Multimedia ‘Road to Milan’
- Pertunjukan fesyen
- Persembahan artis
- Penyampaian Hadiah kepada pemenang program ‘Road to Milan’
11.00 malam - Jamuan ringan


3) Kuiz Bijak Jawi bersama Diana Amir
Hari/Tarikh : Ahad 17 November 2013
Masa : 12.00 tengah hari


4) Demo masakan bersama Masterchef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob
Hari/Tarikh : Ahad 17 November 2013
Masa : 2.30 petang


5) Bicara Ikon: Merealisasikan Impian menjadi Jutawan bersama Datuk Dr. Maznah Hamid
Hari/Tarikh : Ahad 17 November 2013
Masa : 4.00 petang


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan karnival ini.

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Na’aim
Tel : 019- 505 2052

Nama : Diyana
Tel : 019-772 8291

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.