|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 18/11/2013
HEBAHAN FESTIVAL KRAF LANGKAWI 2013
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Festival Kraf Langkawi di dua lokasi seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 22 November 2 Disember 2013
Masa : 10.00 pagi 6.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Pulau Langkawi
Tarikh : 22 November 1 Disember 2013
Masa : 7.00 malam 12.00 tengah malam
Tempat : Perkarangan Kompleks Pekan Rabu, Kuah, 07000 Pulau Langkawi
Untuk makluman, Festival Kraf Langkawi 2013 melibatkan penyertaan 80 usahawan kraf dalam pelbagai bidang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak seperti tekstil, seramik, hasil rimba, aneka kraf dan logam. Selain itu, turut diadakan aktiviti seperti berikut:
Demonstrasi Kraf Sarung & Hulu Parang (Langkawi), Sangkar Burung (Perlis), Wau Tradisional (Kedah), Gubahan Bunga Getah (Kedah), Serkap (Kedah), Anyaman Buluh / Rotan (Negeri Sembilan), Seramik (Perak), Tudung Saji (Perak).
Demonstrasi Masakan Tradisional Kuih Bahulu, Kuih Karas, Kuih Peneram, Kuih Kuih Bangkit, Kuih Bakar dan Wajik.
Pendidikan Kraf - Mewarna Batik, Mewarna Permukaan Pasu Seramik, Anyaman Kertas Surat Khabar dan Hiasan Permukaan Wau Tradisional.
Pertandingan - Nyanyian Karaoke, Masakan Chef Kampung, Sulaman / Jahitan Manik, Suara Burung , Ayam Serama, Sukaneka (Kukur Kelapa, Anyaman Ketupat), Permainan Tradisional (Congkak, Gasing, Sepak Raga Ribu, Wau), Kereta Kawalan Jauh, Fotografi, Gubahan Hantaran Tuala, Mengikat Tudung, Gubahan Bunga Dari Bahan Semulajadi & Terbuang, Tulisan Khat.
Persembahan Kebudayaan & Kesenian - Ceramah Agama, Tarian Kesenian & Kebudayaan, Wayang Kulit Asun, Persembahan Peralatan Muzik Tradisional, Live Band dan Persembahan Artis Jemputan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan menghebahkan Festival Kraf Langkawi 2013 kepada orang ramai.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Kompleks Kraf Langkawi
Tel : 04-959 1844
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|