Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 19/11/2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RAKANIAGA TAKE-5 REHAT & RAWAT USAHASAMA PERNAMA-PERHEBAT KEPADA USAHAWAN PESARA TENTERA

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) akan melancarkan Program Rakaniaga Take-5 Rehat & Rawat di Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Selangor.

Program Rakaniaga Take-5 Rehat & Rawat ini yang melibatkan produk Kerusi Urut Berbayar atau “Vending Massage Chair” dibangunkan oleh PERNAMA dengan kerjasama PERHEBAT bagi menawarkan peluang niaga kepada bakal pesara dan pesara tentera.

Program Take-5 Rehat & Rawat akan dilancarkan oleh Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Ilyas Haji Din (B), Pengerusi PERHEBAT. Turut serta ialah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Haji Zainal (B), Pengerusi PERNAMA, Y.Bhg Datuk Ab Wahab Khalil, Pengurus Besar PERNAMA dan Ketua Pengarah PERHEBAT, Puan Liza bte Bakar.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 22 November 2013

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Yusof
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Kem Sungai Buloh
Sungai Buloh, Selangor


Program:

09.00 pagi : Ketibaan Para Tetamu dan Media

09.15 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat

09.25 pagi : Ketibaan Pengerusi PERHEBAT
Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Ilyas Haji Din (B)

09.30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi PERNAMA
Y.Bhg Jeneral Tan Sir Dato’ Seri Abdul Aziz Haji Zainal

09.45 pagi : Ucapan Pengerusi PERHEBAT
Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Ilyas Haji Din (B)

10.00 pagi : Taklimat dan pelancaran Program Rakaniaga PERNAMA
Take-5 Rehat & Rawat

10.45 pagi : Sesi Bergambar

11.00 pagi : Jamuan dan Sidang Media

11.30 pagi : Majlis Bersurai


Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari PERNAMA dan PERHEBAT.

Sehubungan itu, tuan dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: PERWIRA NIAGA MALAYSIA (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Mashitah Haji Husain
Tel: 03 3341 0572
Mobil : 019 322 1351/ 013 383 7987
Emel : mashitah@pernama.com
Laman Web : www.pernama.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.