|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 21/11/2013
LIPUTAN MAJLIS SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF LANGKAWI 2013
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Sidang Media Festival Kraf Langkawi pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 23 November 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Teluk Yu,
Kompleks Kraf Langkawi,
Mukim Bohor, 07000 Pulau Langkawi.
Majlis Sidang Media ini akan dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Rawi b. Abd Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia & Pelancongan. Hadir sama ialah Yang Berbahagia Dato Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Untuk makluman, Festival Kraf Langkawi 2013 melibatkan penyertaan 80 usahawan kraf dalam pelbagai bidang dari seluruh Malaysia dan berlangsung di dua lokasi iaitu di Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor , 07000 Pulau Langkawi, pada 22 November 02 Disember 2013, jam 10.00 pagi 6.00 petang dan Perkarangan Kompleks Pekan Rabu, Kuah, pada 22 November 01 Disember 2013, jam 7.00 malam 12.00 tengah malam.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media Festival Kraf Langkawi 2013 tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kompleks Kraf Langkawi
Tel : 04-959 1844
Nama : Cik Norehan Ab Ghani
Tel : 012-657 8824
Nama : Puan Wan Zakiroh Megat Sulaiman
Tel : 012-616 9419
Nama : Encik Nik Azreen Nik Alui
Tel : 012-554 7607
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|