Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 22/11/2013

SEMINAR “HAK ASASI MANUSIA DAN ISLAM DI MALAYSIA : TEORI, HAKIKAT SEMASA DAN HALA TUJU MASA DEPAN”

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan menganjurkan seminar ”Hak Asasi Manusia dan Islam di Malaysia : Teori, Hakikat Semasa dan Hala Tuju Masa Depan” pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : 27-28 November 2013

Tempat : Dewan Besar IKIM.
2, Langgak Tunku Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur


YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyampaikan ucapan alu-aluan pada 27 November 2013 (Rabu), jam 9.05 pagi dan diikuti ucapan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), jam 9.15 pagi.

Objektif:

- Mengenal pasti isu-isu hak asasi mendesak kontemporari dan konflik dengan Islam;
- Menjelas dan menegaskan kedudukan Islam dalam isu-isu hak asasi tertentu;
- Menyediakan platform perbincangan, analisis kritis dan kajian ilmiah serta praktikal tentang hak asasi dari pandangan alam Islam;
- Mewujudkan kesatuan fikiran di kalangan individu dan kumpulan Islam;
- Mengemukakan cadangan kaedah-kaedah menangani isu-isu hak asasi kepada pihak berwajib.


Enam Kertas kerja yang akan dibentangkan iaitu:

27 November 2013 (Rabu)

SESI 1 : FALSAFAH DAN AMALAN HAK ASASI
Moderator : YBhg. Dr. Mohd Sani Badron
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan, IKIM

Kertas 1 : Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Deklarasi Hak Asasi Kaherah (CDHR) : Persamaan dan Pertentangan
YBhg. Dr. Arik Sanusi Yeop Johari
Peguam Kanan Persekutuan/ Pengarah Seksyen Syariah
Jabatan Peguam Negara (JPN)

Kertas 2
10.10 pg : Hak Asasi Manusia : Permuniaan Beberapa Kata Kunci Utama
YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM

Kertas 3
10.50 pg : Kebebasan Beragama di Malaysia : Satu Penelitian dari Perspektif Islam, Perlembagaan Persekutuan dan Konvensyen Antarabangsa
YBhg. Prof. Dr. Mohd Azam Mohd Adil
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS)

SESI 2 : HAK ASASI DAN TUNTUTAN GENDER
Moderator : YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin
Timbalan Ketua Pengarah IKIM

Kertas 4
2.15 ptg : Tuntutan Golongan Minoriti LGBT dan Pengiktirafan Syariah
Cik Wan Roslili Abd. Majid
Felo, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM

Kertas 5
3.00 ptg : CEDAW dan Penangguhan Ratifikasi Malayisa : Perspektif Islam
YBhg. Prof. Dr. Najibah Mohd Zain
Kulliyyah Ahmad Ibrahim (AIKOL)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

Kertas 6
3.30 ptg : Cabaran Mendidik Generasi Digital: Lebih Mudah atau Lebih Sukar?
Encik Zamri Abdul Rahim
Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia


28 November 2013 (Khamis)

9.00 pg : FORUM KHAS

Amalan Hak Asasi di Malaysia : Pengajaran Silam, Hakikat Semasa dan Hala Tuju Masa Depan

Moderator : YBhg. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan, IKIM

: Pembincang:

YBhg. Prof. Dato‘ Dr. Aishah hj. Bidin
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Encik Azril Mohd Amin
Naib Presiden 1
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia

YBhg. Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Bebas dan Tetap Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
(Independent Permanent Human Rights Commission – IPHRC)
Pertubuhan Kerjasama Islam
(Organizations of Islamic Cooperation – OIC)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-309 4427

Nama : Puan Suzanahwati bt Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 013 2288992

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.