|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 18/03/2014
LIPUTAN SEMINAR USAHAWAN SUPER MUSLIM (SUPERB) 2014
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Smartwork Ventures buat julung kalinya akan bekerjasama bagi menganjurkan Seminar Usahawan Super Muslim pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 26 Mac 2014 / 24 Jamadil Awal 1435H
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Tingkat 4, Dewan Putra
Hotel Putra, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Program:
08.30 pagi : Ketibaan & Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi
09.00 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis /Bacaan Doa’
09.05 pagi : Ucapan Perasmian Seminar Oleh:
Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias
(Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP)
09.15 pagi : SESI 1 : ‘CIRI-CIRI USAHAWAN SUPER’
Pn. Rozi Shaarey (Perunding Motivasi & Master Trainer NLP)
10.30 pagi : Minum Pagi
10.45 pagi : SESI 2 : 'POTENSI DUNIA BORONG'
En. Sharifuddin Muda
(Pengarah Urusan Akademi Usahawan Borong)
11.30 pagi : SESI 3 : ‘TEKNIK SUKSES FACEBOOK ADS’
En. Jamaluddin Bahari (SifuFBads.com)
12.15 tgh. : Travelog Dakwah Zakat :
‘KEMANISAN MENYEMPURNAKANNYA’
01.00 tgh : Makan Tengahari / Solat Zohor
02.15 ptg : 'BICARA NIAGA ISLAM & PERNIAGAAN'
Y.Bhg. Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
(Pengerusi Eksekutif, Brainy Bunch & Bekas Pengarah Urusan, Kumpulan Proton Holdings Berhad)
03.15 ptg : ‘FORUM RAHSIA DANA USAHAWAN’
(Wakil TEKUN, SME Bank & JW United)
04.30 ptg : Minum Petang / Solat Asar / Bersurai
Objektif Seminar Usahawan Muslim ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran berzakat dikalangan usahawan-usahawan yang terlibat dalam sektor pemborongan. Malah seminar ini juga bertujuan mendapatkan tips-tips perniagaan borong bagi mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang ini. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies Production Sdn. Bhd dan Dato’ Sri Hj Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Eksekutif, Brainy Bunch serta Bekas Pengarah Urusan, Kumpulan Proton Holdings Berhad.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan seminar ini.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|