Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 24/03/2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI KIP MART LAVENDER SENAWANG

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan buat julung kalinya akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : 29 Mac – 6 April 2014

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : KIP Mart Lavender Senawang, Negeri Sembilan

Promosi Kraf Malaysia di KIP Mart Lavender Senawang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan kraf mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna di kawasan sekitar. Dengan penglibatan seramai 15 usahawan kraf, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang promosi ini berlangsung antaranya persembahan kesenian, demonstrasi pembuatan kraf, pendidikan kraf dan jualan produk kraf.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Promosi Kraf Malaysia tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.