|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 25/03/2014
JEMPUTAN DAN HEBAHAN LIPUTAN SEMPENA MAJLIS BACA PUISI KEMANUSIAAN DAN MENGENANG KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370
Majlis Baca Puisi Kemanusiaan dan mengenang kehilangan Pesawat MAS MH 370 yang akan dirasmikan oleh YB. P. Kamalanathan P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dijadualkan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 26 Mac 2014
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Sri Tanjong
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Majlis ini adalah anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ), Belia Sekopi Hulu Selangor, Badan Amal Tarbiah Sejagat Selangor (BATAS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis ini diadakan untuk mengenang mangsa-mangsa tragedi pesawat MH 370. Semoga keluarga mangsa tragedi tabah menghadapinya dan hanya harapan dan doa dapat pihak kami berikan.
Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Prof. Madya Dr. Talib Samat (Urusetia majlis)
Tel : 012 2269740
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|