Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Rabu 26/03/2014

MAJLIS PERASMIAN KEDAI BAHARU PERNAMA DI KEM SYED PUTRA, JALAN TAMBUN, IPOH

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), organisasi milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan perniagaan peruncitan kepada anggota tentera dan keluarga akan merasmikan cawangan kedainya yang terbaharu di Kem Syed Putra, Jalan Tambun, Ipoh, Perak. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B), Pengerusi PERNAMA pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Selasa 1 April 2014

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Lamaniaga PERNAMA
Kem Syed Putra, Jalan Tambun
Ipoh, Perak.

Turut hadir, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Syukri Ahmad, Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Dato’ Md Dzahir Abd Rashid, Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil dan tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari PERNAMA dan pegawai-pegawai serta anggota daripada Kem Syed Putra Ipoh.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: PERWIRA NIAGA MALAYSIA (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Mashitah Haji Husain
Tel: 03 3341 0572
Mobile : 019 322 1351
Emel : mashitah@pernama.com
Website : www.pernama.com

Nama : Shahrina Maisarah Jaffar
Tel: 03 3341 0572
Mobile : 019 666 4992
Emel : shahrina@pernama.com
Website : www.pernama.com

Nama : Haniza Hussin
Tel: 03 3341 0572
Mobile : 019 270 0378
Emel : haniza@pernama.com
Website : www.pernama.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.