Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 28/03/2014

SIDANG AKHBAR MENGUMUMKAN PELAKSANAAN 'ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING (APEL)' PERINGKAT SARJANA DAN PENYAMPAIAN SIJIL PERAKUAN APEL

Adalah dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dengan kerjasama Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar (BPP) dan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) Peringkat Sarjana dan penyampaian sijil perakuan APEL.

Sehubungan itu, pihak pengurusan MQA dengan segala hormatnya ingin menjemput tuan/puan atau wakil untuk hadir ke majlis yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis akan berlangsung seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 31 Mac 2014

Masa : 1.30 ptg – 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina
Aras 17, Menara 2
Presint 5
Kementerian Pendidikan Malaysia

1.30 petang - Pendaftaran Media

2.00 petang - Ketibaan
YB Dato’ Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia

2.05 petang - Sidang akhbar mengumumkan Pelaksanaan Accreditation of Prior
Experiential Learning (APEL) Peringkat Sarjana

2.30 petang - Penyampaian Sijil Perakuan APEL peringkat Sarjana

3.00 petang - Jamuan
Sesi Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi mebuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Malaysian Qualifications Agency (MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Puan Hanisah Amran
Penolong Pengarah
Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
TEL : 03-79683341
FAKS : 03-79569496
MOBILE: 019-3827475
EMEL : hanisah@mqa.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.