Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Sabtu 29/03/2014

SKMM: Majlis Pelancaran U-Pustaka Peringkat Negeri Selangor: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sukacitanya menjemput anda dan wartawan/jurugambar untuk hadir ke majlis Majlis Pelancaran u-Pustaka Peringkat Negeri Selangor: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 30 Mac 2014

Masa : 2:00 petang

Tempat : Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf
13/6, Seksyen 13, Shah Alam


Ketua Koordinasi Wilayah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Encik Mohd Hussin Ali akan hadir pada majlis berkenaan.

Majlis Pelancaran u-Pustaka Peringkat Negeri Selangor akan disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

PROGRAM:

1:45 petang : Ketibaan tetamu jemputan

2:30 petang : Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Selangor

2:35 petang : Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah bt. Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan
Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAS

: Ucapan oleh Encik Mohd Hussin Ali
Ketua Koordinasi Wilayah Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC)

: Ucapan perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul
Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

: Gimik Pelancaran

: Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan
Fotografi PPAS

: Bicara Filateli Setem Negeri Selangor oleh
Ybhg Dato’ Panglima Anuar Bashah Mohd Sohore
Presiden Persatuan Filateli Malaysia

: Lawatan ke ruang pameran

: Jamuan

4:00 petang : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi mebuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Jabatan Komunikasi Strategik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
TEL : 03-8688 8000
EMEL : ccd@cmc.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.