Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 31/03/2014

SEMPENA KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 1 2014 UPSI

Adalah dimaklumkan bahawa, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menjadi tuan rumah dalam penganjuran Karnival Sukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) 2014.

Acara akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : 5 - 13 April 2014

Tempat : 1. Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City
2. Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Kompleks Sukan Proton City
3. Politeknik Sultan Azlan Shah

Acara yang dipertandingkan termasuklah badminton, bola baling, bola jaring, catur, hoki dewan, pencak silat, petanque, pingpong, ragbi, sepak takraw dan sofbol. Sebanyak 20 IPTA akan bertarung pada acara yang diadakan setiap tahun dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan karnival ini.

Seminar Suaian Fizikal akan diadakan (7 dan 8 April 2014) sementara Pameran Sains Sukan akan membabitkan peralatan pendidikan luar, pengujian, pengukuran dan penilaian, peralatan pembelajaran motor, sport massage serta produk inovasi. Sempena karnival ini juga akan berlangsung Karnival Keusahawanan dan Karnival Kebudayaan bertujuan memeriahkan Karnival Sukan MASUM. Konsep ini menjadi satu tarikan untuk masyarakat menyaksikan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan di samping berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan dan membeli-belah bersama keluarga.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi mebuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Urusetia karnival
NAMA : En. Mohammad Faiz
MOBILE : 012-9977657

NAMA : En. Zainudin
MOBILE : 013-3791117

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.