|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 03/04/2014
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PENGHARGAAN & ANUGERAH EJEN KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP 2013
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penghargaan Ejen Kutipan Zakat PPZ-MAIWP 2013 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 9 April 2014 / 9 Jamadil Akhir 1435H
Masa : 10.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak
200 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Objektif majlis penghargaan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara PPZ-MAIWP dengan semua ejen yang telah dilantik. Malah majlis penghargaan yang pertama seumpamanya diadakan oleh PPZ-MAIWP ini, merupakan satu inisiatif PPZ-MAIWP dalam memberi penghargaan atas jasa dan peranan yang telah dimainkan oleh ejen-ejen dalam usaha dakwah zakat terutamanya memperkenalkan saluran bayaran alternatif.
Turut hadir adalah Y.Bhg. Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, YAM Dato’ Raja Munir Shah Raja Mustapha, Pengarah Eksekutif MYEG dan En. Abd Aziz Abu Bakar, Presiden MATA.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penghargaan ejen kutipan zakat tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobil : +60 (0)12 5003547
Tel : +60 (0)3 92895757
Fax : +60 (0)3 92895759
-BERNAMA |
|
|
|
|
|