Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 03/04/2014

JEMPUTAN MENYERTAI PERLAWANAN SANTAI BOWLING MEDIA BERSAMA SSIC BERHAD 2014

SSIC Berhad agensi promosi pelaburan negeri Selangor akan menganjurkan “Perlawanan Santai Bowling Media Bersama SSIC Berhad 2014” pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 24 Mei 2014

Masa : 9.30 pagi – 2.00 petang

Tempat : Wangsa Bowl Setia City Mall
2nd Floor Setia City Mall, Selangor Darul Ehsan

PROGRAM

9.30 am : Pendaftaran Peserta serta sarapan pagi

10.00 am : Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg. Tuan Hasan Azhari Hj Idris,
Ketua Pegawai Eksekutif, SSIC Berhad

10.15 am : Gimmick perasmian oleh
Ketua Pegawai Eksekutif SSIC Berhad

: Sesi bergambar bersama peserta

: Beramah mesra dengan setiap pasukan

10.30 am : Acara bermula

12.00 pm : Penyampaian hadiah kepada semua pemain

: Penyampaian hadiah pemenang kategori kumpulan dan individu

12.30 pm : Makan tengah hari

: Program tamat


Sebagai makluman Tuan/Puan program ini melibatkan semua agensi media di negeri Selangor yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik di antara SSIC Berhad dengan media sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala dalam memberi liputan media yang terbaik untuk pembangunan negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, SSIC Berhad menjemput agensi Tuan/Puan untuk menghantar satu (1) kumpulan dianggotai seramai empat (4) orang.

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Penyertaan untuk tindakan dan penyertaan daripada pihak Tuan/Puan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.


SUMBER : SSIC Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Yanie/
Tel : 03- 5510 2005
Emel : yanie@ssic.com.my


Nama : Cik Nurhanan
Tel :03- 5510 2006
Emel : nurhanan@ssic.com.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.