|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 14/04/2014
Sidang Media Majlis Makan Malam Amal IBU RATU HATIKU
Bersempena dengan sambutan hari ibu di bulan Mei ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) dan IKIMfm akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal – Ibu Ratu Hatiku pada 10hb Mei 2014 (Sabtu) pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.
Majlis istimewa ini akan diserikan oleh artis nasyid tempatan yang sinonim dengan album ‘Zikir Terapi’ iaitu Hafiz Hamidun selain penampilan istimewa artis antarabangsa dari United Kingdom(UK), Saif Adam. Selain hiburan berkonsepkan Islam, majlis ini akan turut akan diisi dengan program ilmiah, di mana peserta akhir program Pencetus Ummah musim pertama ‘PU Rahmat’ akan menyampaikan ceramah motivasi selain penampilan istimewa penyampai/DJ Radio IKIM.fm yang akan turut bersama-sama meraikan tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Lanjutan daripada itu, satu sidang media akan diadakan bagi memberi makluman kepada orang ramai berkaitan "Majlis Makan Malam Amal – Ibu Ratu Hatiku" pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 15 April 2014
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sajian, Blok D
Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM)
Jalan Langgak Tunku off Jalan Duta
Kuala Lumpur
PROGRAM
10.45 pagi : Ketibaan Jemputan & rakan media
11.00 pagi : Bacaan Doa
: Pembukaan oleh Pengerusi Majlis
: Ucapan aluan Presiden IAM
YBhg En Zawahir Abdullah
: Ucapan oleh
Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Hj. Nik Hassan
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
: Pengenalan Pra ‘Majlis Makan Malam Amal
Ibu Ratu Hatiku’
: Sidang Akhbar bersama
Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Hj. Nik Hassan
YBhg Dr.Nik Roskiman Abd Samad, Pengarah
YBhg En Zawahir Abdullah
Pusat Media IKIM
Artis Jemputan
: Sesi Fotografi
12.00 tghari : Jamuan Makan Tengahari
: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Farouq
Tel : 03-8948 5939
Mobil : 019-397 3558
-BERNAMA |
|
|
|
|
|