Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 14/04/2014

HEBAHAN PERTANDINGAN SENI PERKAHWINAN MALAYSIA SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2014

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Promosi Kerja Kahwin kali ke-9 yang akan diadakan mulai 24 April – 5 Mei 2014 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Bersempena dengan promosi ini, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan dua pertandingan iaitu Pertandingan Fotografi dan Kompang seperti ketetapan yang berikut :

Pertandingan Fotografi

Hari/Tarikh : Ahad 27 April 2014

Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran)

Tempat : Dewan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur

**Penyertaan Percuma


Pertandingan Kompang

Hari/Tarikh : Sabtu 3 Mei 2014

Masa : 9.00 pagi (Pendaftaran)

Tempat : Panggung Sari
Kompleks Kraf Kuala Lumpur

**Penyertaan Percuma


Sehubungan itu bagi memberi peluang penyertaan yang lebih luas dari dalam dan luar Kuala Lumpur, pihak kami memohon kerjasama baik pihak media membantu menghebahkan Pertandingan Seni Perkahwinan Malaysia ini kepada orang ramai.

Cadangan butiran hebahan adalah seperti berikut:-

“KRAFTANGAN MALAYSIA MENGANJURKAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI & KOMPANG SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2014. PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 03-2161 3793 ATAU LAYARI WWW.KRAFTANGAN.GOV.MY ”

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi mebuat liputan program tersebut.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Tel : 03 – 2161 3793
Faks : 03-2161 3773


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.