Januari 24, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 15/04/2014

UCSI Menganjurkan Bengkel “Design Market”

De Institute of Creative Arts & Design (ICAD) Universiti UCSI akan menganjurkan Bengkel “Design Market” atau Pasar Seni Reka pada 19 April 2014. Bengkel ini antaranya akan menampilkan demonstrasi lukisan oleh Ivan Lam, salah seorang pelukis kontemporari terkenal Malaysia, ceramah seni oleh para jemputan daripada industri seperti Raymond Seah, pengurus produksi Silver Ant PPI Sdn Bhd dan pakar fesyen, Zaihani Mohd Zain; dan akan dimeriahkan lagi dengan bengkel-bengkel seni reka fesyen, animasi 3D dan seni reka grafik. Bengkel-bengkel ini juga akan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM18,000 dan juga biasiswa untuk dimenangi.

Terbuka kepada peserta-peserta berumur 18 hingga 22 tahun, acara ini bertujuan untuk menyediakan satu platform yang ideal untuk generasi Milenium mengikuti perkembangan terkini industri kreatif melalui perkongsian ilmu pengetahuan oleh pakar-pakar industri; mengetahui bagaimana untuk mendapat peluang pekerjaan di dalam industri; dan juga merasai sendiri pengalaman menjadi “pereka” sebenar dalam bengkel-bengkel kreatif yang dijalankan.

Dermasiswa sehingga RM5,000 untuk yuran pengajian program-program di bawah ICAD juga akan dianugerahkan kepada “Pereka Juara”. Anugerah biasiswa juga akan ditawarkan kepada para peserta yang menunjukkan bakat dan potensi dalam seni reka kreatif.

Acara ini ditaja dan dianjurkan sepenuhnya oleh ICAD.

Butir-butir acara seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 19 April 2014

Masa: 11:30am – 1:30pm (makan tengahari akan tersedia pada jam 1:30pm)

Tempat: Lobby, Level 1, Block A, KL Campus (South Wing), UCSI University
(Address: No. 1, Jalan Menara Gading, UCSI Heights, Cheras 56000, Kuala Lumpur)


Program:

9:00 – 9:30am : Ketibaan para tetamu

: Pendaftaran

9:30 – 9:45am : Persembahan projek Animasi 3D oleh para pelajar tahun akhir

9:45 – 10:00am : Ucapan Aluan oleh Wakil Universiti UCSI

10:00 – 10:45am : Ceramah oleh Raymond Seah
Pengurus Produksi, Silverant PPI Sdn Bhd

10:45 – 11:30am : Ceramah oleh Zaihani Mohd Zain
Pakar Fesyen

11:30am – 12:00pm : Demonstrasi lukisan oleh Ivan Lam
Pelukis kontemporari veteran

12:00 – 1:30pm : Bengkel Seni Reka dan Pertandingan ICAD (berjalan serentak)

: Bengkel Animasi 3D

: Bengkel Seni Reka Grafik

: Bengkel Seni Reka Fesyen

1:30 – 2:30pm : Makan Tengahari

2:30 – 3:00pm : Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah

Peta Lokasi :
Table

Mengenai Universiti UCSI

Terbina bersulamkan kecemerlangan, keberanian, ketabahan dan integriti, Universiti UCSI adalah sebuah institusi pengajian tinggi dengan kampus utama yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan strategik di Pantai Timur, Terengganu Darul Iman dan Sarawak Bumi Kenyalang, negeri terbesar di Malaysia. Sebagai institusi utama kumpulan konglomerat UCSI, Universiti UCSI yang mula bertapak pada tahun 1986 kini mempunyai 7 fakulti, sebuah pusat pendidikan Pra-Universiti dengan lebih 70 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi, seni bina, sains komputer, seni budaya dan muzik. Mempunyai lebih 11,000 pelajar daripada lebih 80 negara antarabangsa pelbagai budaya, Universiti UCSI sangat komited dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi untuk berjaya di dalam kehidupan dan mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisiplin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Universiti UCSI di http://www.ucsiuniversity.edu.my.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan bengkel ini.

SUMBER: UCSI University

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Charmaine Chia
Senior Exec
H/P: 016 608 0672
Ext: 3712
Emel : charmainechia@ucsigroup.com.my

Nama : Muzira Abdul Rahman
Executive
H/P: 013 277 7577
Ext: 3713
Emel : muzira@ucsigroup.com.my

Nama : Marina Tan
Senior Exec
H/P: 012 678 1902
Ext: 3712
Emel : marinatan@ucsigroup.com.my

Nama : Tan Shu Ying
Writer
H/P: 017 238 9647
Ext: 3713
Emel : tansy@ucsigroup.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.